Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) merupakan salah satu inisiatif transformasi perkhidmatan awam yang berpaksikan kepada kepimpinan dinamik, Perkhidmatan Awam kejat, perkhidmatan yang fleksibel, modal insan berkualiti dan saraan yang kompetitif. Ia menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang berkuat kuasa sejak tahun 2002.
Perlaksanaan SBPA turut melibatkan perubahan pada struktur perkhidmatan yang merangkumi skim perkhidmatan, syarat perkhidmatan, gaji, elaun, kemudahan, dan persaraan serta faedah persaraan. SBPA dilaksanakan melalui opsyen kepada semua penjawat awam lantikan Tetap di UTHM, dan diberi tempoh mulai 19 Disember 2011 sehingga 15 Januari 2012. Opsyen berkenaan berkuat kuasa mulai 01 Januari 2012.
Bagaimanapun atas desakan penjawat awam melalui persatuannya iaitu CEUPACS, SBPA telah ditunda perlaksanaannya bagi tujuan semakan semula dengan mengambil kira prinsip-prinsip perkhidmatan dan saraan perkhidmatan awam.
Antara tuntutan utama CEUPACS adalah;
1. Mengkaji semuala prinsip pemindahan gaji penjawat awam Gred 54 dan ke bawah
2. Mengekalkan status kekananan penjawat awam dalam SSM
3. Mengkaji semula tangga gaji maksimum
4. Menyenaraikan penjawat awam yang layak memperoleh kenaikan gaji 7% hingga 13%
5. Menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred
Semakan semula SBPA akan dilaksanakan oleh Pasukan Petugas Khas yang dipengerusikan YBhg. Tan Sri Ismail Adam (bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam), pasukan berkenaan diberi tempoh sehingga 16 April 2012 untuk mengkaji isu-isu yang berbangkit kesan dari perlaksanaan SBPA dan mengemukakan cadangan-cadangan kepada kerajaan.
Sehubungan itu, ahli PENTAS adalah dipelawa memberikan maklum balas berkenaan perlaksanaan SBPA untuk dipanjangkan kepada Pasukan Petugas Khas berkenaan.
2 comments:
Isunya bila nak merasa gaji SBPA nii??
kawan² dan ramai buat loan MBSB....
Cikgu tunggu 8 tahun terus naik pangkat, 15 tahun terus Gred 48.. Kat UTHM nie pegawai gred 41 takkan nak kena tunggu 15 tahun baru naik pangkat, cam kumpulan sokongan jer..
Post a Comment
Sila komen dengan berhikmah..