Sukacita dimaklumkan PENTAS akan menganjurkan Majlis Minum Petang (Hi-Tea) yang akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 12 April 2012 (Khamis)
Masa : 2:30 petang
Tempat: Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII)
Antara tujuan utama penganjuran majlis Hi-Tea berkenaan adalah bagi menyemarakkan lagi semangat keserakanan di kalangan ahli dan memberikan peluang untuk ahli bertukar pendapat dalam suasana yang santai.
Mulai 04.04.2012, surat jemputan serta borang pengesahan kehadiran ke Majlis berkenaan telah mula diedarkan kepada semua ahli Pentas. Sehubungan itu, ahli PENTAS sekalian adalah dipohon untuk mengembalikan borang jawapan kehadiran berkenaan selewatnya pada 09.04.2012 (Isnin). Ini adalah bagi tujuan penyediaan cenderahati (Door Gift) khas untuk ahli yang mengesahkan kehadiran dan HADIR ke majlis berkenaan.
Atucara Majlis Hi-Tea berkenaan adalah seperti berikut:
2:00 petang : Ketibaan Ahli PENTAS
2:30 petang : Ketibaan Pendaftar
2:30 petang : Bacaan Doa
2:35 petang : Ucapan Yang Dipertua PENTAS
2:45 petang : Tea Talk "Fun @ Work" (En. Mohsen Amdan)
4:15 petang : Penyampaian Cenderahati pada Penceramah
4:20 petang : Jamuan diselangi Persembahan oleh Artis Jemputan
* Menu Jamuan : Kuih-muih, buah-buahan, laksa johor, satay, rojak dan minuman panas
0 comments:
Post a Comment
Sila komen dengan berhikmah..