LATAR BELAKANG PENUBUHAN
Sejarah Persatuan Pegawai Pentadbir dan Ikhtisas (PENTAS) bermula apabila timbul idea di kalangan para pentadbir tentang keperluan untuk diwujudkan sebuah persatuan untuk menjaga hal ehwal kebajikan dan aktiviti pentadbir. Seterusnya telah dijalankan sesi perbincangan di antara Pendaftar dengan Penolong Pendaftar dalam satu mesyuarat pada 8 Ogos 2001.
Hasil daripada mesyuarat tersebut, sebuah Jawatankuasa Penaja ditubuhkan untuk melihat kepada proses awal penubuhan persatuan. Jawatankuasa Penaja berkenaan telah bersetuju untuk menamakan persatuan ini sebagai Persatuan Pegawai Pentadbir dan Ikhtisas (PENTAS). Kertas kerja penubuhan PENTAS telah dibawa untuk kelulusan Jawatankuasa Eksekutif Universiti pada 23 Oktober 2002 dan seterusnya dibawa ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.
Pada 25 Mei 2005, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan telah meluluskan penubuhan PENTAS pada 25 Mei 2005 di bawah Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dengan nombor pendaftaran 0912-05-10
MATLAMAT DAN OBJEKTIF
PENTAS telah ditubuhkan untuk memenuhi inspirasi-inspirasi berikut :-
1. Menjaga kebajikan Pegawai Pentadbir & Ikhtisas Universiti.
2. Mencapai persefahaman, kerjasama & kesejahteraan ahli.
3. Menegak & mengukuhkan prinsip pengurusan yang cekap, adil & demokratik.
4. Mewujud dan menjalinkan hubungan dengan lain-lain pertubuhan yang sesuai dengan tugas dan matlamat Persatuan.
5. Memajukan bidang pentadbiran ikhtisas dan bidang-bidang lain yang dapat meninggikan lagi imej Universiti.
6. Menjadikan satu badan yang mewakili Pegawai Pentadbir dan Ikhtisas UTHM.
7. Menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan perkhidmatan, pentadbiran dan ikhtisas Universiti
8. Memelihara Visi dan Misi Universiti.
9. Menyebarkan penerangan dan maklumat mengenai kegiatan dan hal yang ada kaitan dengan kepentingan ahli.
10. Mengemukakan pendapat dan perakuan kepada pihak berkuasa Universiti, agensi dan kerajaan serta badan-badan lain mengenai perkara yang berkaitan dengan kepentingan ahli.
11. Menjadi badan perunding semua perkara berkenaan kebajikan dan kepentingan ahli.
12. Menjadi gabungan dan menjalin kerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang berdaftar di Malaysia dan sesuai dengan dasar Persatuan.
13. Menggalakkan minat dan menganjurkan aktiviti-aktiviti untuk kesuburan rohani, jasmani, ekonomi dan sosial ahli.
14. Bekerjasama dengan pihak Berkuasa Universiti dalam hal-hal berkaitan dengan kepentingan ahli.