PENTAS @ UTHM

Tuesday, 3 April 2012

Majlis Minum Petang (Hi-Tea)


Rakan-rakan ahli PENTAS yang dihormati sekalian,

Sukacita dimaklumkan PENTAS akan menganjurkan Majlis Minum Petang (Hi-Tea) yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 12 April 2012 (Khamis)
Masa : 2:30 petang
Tempat: Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII)

Antara tujuan utama penganjuran majlis Hi-Tea berkenaan adalah bagi menyemarakkan lagi semangat keserakanan di kalangan ahli dan memberikan peluang untuk ahli bertukar pendapat dalam suasana yang santai.

Mulai 04.04.2012, surat jemputan serta borang pengesahan kehadiran ke Majlis berkenaan telah mula diedarkan kepada semua ahli Pentas. Sehubungan itu, ahli PENTAS sekalian adalah dipohon untuk mengembalikan borang jawapan kehadiran berkenaan selewatnya pada 09.04.2012 (Isnin). Ini adalah bagi tujuan penyediaan cenderahati (Door Gift) khas untuk ahli yang mengesahkan kehadiran dan HADIR ke majlis berkenaan.

Atucara Majlis Hi-Tea berkenaan adalah seperti berikut:
2:00 petang : Ketibaan Ahli PENTAS
2:30 petang : Ketibaan Pendaftar
2:30 petang : Bacaan Doa
2:35 petang : Ucapan Yang Dipertua PENTAS
2:45 petang : Tea Talk "Fun @ Work" (En. Mohsen Amdan)
4:15 petang : Penyampaian Cenderahati pada Penceramah
4:20 petang : Jamuan diselangi Persembahan oleh Artis Jemputan

* Menu Jamuan : Kuih-muih, buah-buahan, laksa johor, satay, rojak dan minuman panas



Sunday, 1 April 2012

Forum Perdana Ehwal Islam

Salam,

Ahli PENTAS dijemput hadir ke majlis berikut:

Wednesday, 28 March 2012

Jelajah Jakarta, Puncak & Bandung

Bersempena cuti sekolah yang bakal menjelang tidak lama lagi, Biro Rekreasi-KSKUiTTHO bersama PENTAS akan menganjurkan lawatan "Jelajah Jakarta, Puncak & Bandung, Indonesia" selama 4 hari 3 malam mulai 31hb MEI hingga 3hb JUN 2012


Banyak tempat-tempat menarik yang akan dikunjungi semasa lawatan ini dan ianya adalah terbuka kepada semua staf UTHM yang berminat dan ahli keluarga masing-masing. 

Tempat adalah terhad, oleh itu tindakan segera warga UTHM adalah amat diperlukan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai lawatan yang akan diadakan ini, sila hubungi Puan Hazifa Hani binti Ramli (3639) / Puan Shereen Sabrina binti Abd. Shukor (3453) / Encik Mohd Hatta bin Mohd Ali (3679) atau klik  DI SINI untuk brosur serta borang penyertaan.






Monday, 12 March 2012

Warga UTHM sambut baik pengumuman Perdana Menteri (Skim Saraan)

Warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia berkenaan pemansuhan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Januari 2012 lalu seterusnya mengekalkan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan beberapa penambahbaikan dibuat.

Warga Universiti juga menyokong pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri mengenai penubuhan sebuah suruhajaya bagi mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat awam pada masa depan serta bagi menyelesaikan beberapa isu yang berkaitan perkhidmatan dan skim perkhidmatan. Penubuhan suruhanjaya tersebut juga telah mencerminkan keprihatinan Perdana Menteri terhadap suara seluruh warga penjawat awam di Malaysia. 

UTHM yang pada ketika ini memiliki 2250 kakitangan yang diwakili oleh tiga persatuan yang berdaftar iaitu Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PENTAS), Persatuan Pensyarah dan Pengajar (PERKASA) dan Kesatuan Kakitangan Sokongan (KEKAS) sebulat suara menyokong dan menyanjung tinggi kebijaksanaan Perdana Menteri dalam menyelesaikan kemelut serta isu yang berkaitan SBPA ini yang telah berlanjutan sejak beberapa bulan kebelakangan ini. 

Menurut Pengerusi PENTAS UTHM, En. Abdul Malek Ibrahim, seluruh ahli persatuan amat bersyukur dan berterima kasih kepada Datuk Seri Najib kerana mendengar denyut nadi penjawat awam selaras dengan pengumuman yang dibentangkan semasa bajet 2012 lalu yang berpegang kepada asas penyelarasan gaji iaitu antara tujuh hingga 13 peratus. Harapan seluruh ahli PENTAS agar penambahbaikan SSM akan mengambilkira semua aspek dari segi gaji, kebajikan, kemudahan, kaedah kenaikan pangkat (prospek) yang lebih jelas, laluan kerjaya yang lebih luas kepada penjawat awam khususnya pentadbir universiti. "Semoga keputusan ini diterima dengan berlapang dada oleh semua pihak", katanya.

Pengerusi KEKAS UTHM, En. Faizal Naim berkata,"kami di KEKAS mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kita di atas pengumuman yang telah dibuat dan disifatkannya sebagai diluar jangkaan dimana apa yang kita perjuangkan tempohari bersama-sama dengan CUEPACS dan hasilnya lebih baik daripada yang dijangkakan. Sekaligus beliau meletakkkan harapan agar seluruh kakitangan khasnya bagi kumpulan pelaksana dapat mempertingkatkan lagi produktiviti negara.

Sementara itu, Pengerusi PERKASA UTHM, Profesor Madya Dr. Mohd Idrus Mohd Masirin pula berkata, "Pembatalan SBPA akan meredakan lima masalah yang dihadapi sekiranya ia dilaksanakan seperti yang telah dikenalpasti oleh pihak CUEPACS dan Majlis Persatuan Akademik Malaysia (MAAC). Pengagihan peratusan kenaikan gaji menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap jurang pendapatan di antara kakitangan pelaksana dan peringkat pengurusan dan profesional. Penubuhan suruhanjaya khas mengenai perkhidmatan awam juga dijangka akan memberikan peluang penambahbaikan berterusan terhadap kebajikan dan skim perkhidmatan kakitangan awam. Namun, kerajaan diharap akan dapat mengkaji dengan serius untuk memberikan insentif khas kepada pensyarah universiti seperti yang dinikmati oleh bidang kepakaran yang lain seperti perubatan dan perguruan. Justeru itu, suruhanjaya khas yang ditubuhkan hendaklah mengambilkira pandangan majlis dan persatuan pegawai akademik di universiti bagi memartabatkan profesion pegawai akademik di universiti. Kesarjanaan pegawai akademik universiti yang bertaraf profesor perlu diletakkan di tahap yang bersesuaian kerana peranannya melahirkan profesional dan cendiakawan dalam bidang kepakaran masing-masing"


SUMBER: Unit Perhubungan Awam, UTHM



Thursday, 23 February 2012

Pertukaran Penempatan

Feb. 2012 - Beberapa ahli PENTAS telah diarahkan bertukar penempatan seperti berikut:

NAMA
JAWATAN
PTJ BARU
En. Azhar Bin Abd Majid
Penolong Pendaftar
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
En. Hairul Nizat Bin Siban
Penolong Pendaftar
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
En. Ahmad Khirul Nizam Bin Ali
Penolong Pendaftar
Pejabat Penolong Naib Canselor (Pembangunan)
En. Khairuddin Bin Alias
Penolong Pendaftar Kanan
Pejabat Pendaftar
En. Mohd Sani Bin Mohd Sha'ari
Penolong Pendaftar Kanan
Pejabat Hal Ehwal Pelajar
En. Nor Azezee Bin Ahmad
Penolong Pendaftar
Pejabat Hal Ehwal Pelajar
Cik  Ng Wee Fern
Penolong Pendaftar
Pejabat Hal Ehwal Pelajar
En. Abd Ahmad Farid Bin Md Said
Penolong Pendaftar
Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Puan Nur Faezah Binti Mohamed Noor
Penolong Pendaftar
Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan



Semoga dengan pertukaran ini dapat memberi pengalaman baru kepada ahli PENTAS terlibat dan terus mencurahkan bakti kepada UTHM.



Wednesday, 1 February 2012

ISU SBPA di UTHM

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) merupakan salah satu inisiatif transformasi perkhidmatan awam yang berpaksikan kepada kepimpinan dinamik, Perkhidmatan Awam kejat, perkhidmatan yang fleksibel, modal insan berkualiti dan saraan yang kompetitif. Ia menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang berkuat kuasa sejak tahun 2002.

Perlaksanaan SBPA turut melibatkan perubahan pada struktur perkhidmatan yang merangkumi skim perkhidmatan, syarat perkhidmatan, gaji, elaun, kemudahan, dan persaraan serta faedah persaraan. SBPA dilaksanakan melalui opsyen kepada semua penjawat awam lantikan Tetap di UTHM, dan diberi tempoh mulai 19 Disember 2011 sehingga 15 Januari 2012. Opsyen berkenaan berkuat kuasa mulai 01 Januari 2012.



Bagaimanapun atas desakan penjawat awam melalui persatuannya iaitu CEUPACS, SBPA telah ditunda perlaksanaannya bagi tujuan semakan semula dengan mengambil kira prinsip-prinsip perkhidmatan dan saraan perkhidmatan awam.
Antara tuntutan utama CEUPACS adalah;
1.   Mengkaji semuala prinsip pemindahan gaji penjawat awam Gred 54 dan ke bawah
2.   Mengekalkan status kekananan penjawat awam dalam SSM
3.   Mengkaji semula tangga gaji maksimum
4.   Menyenaraikan penjawat awam yang layak memperoleh kenaikan gaji 7% hingga 13%
5.   Menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred

Semakan semula SBPA akan dilaksanakan oleh Pasukan Petugas Khas yang dipengerusikan YBhg. Tan Sri Ismail Adam (bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam), pasukan berkenaan diberi tempoh sehingga 16 April 2012 untuk mengkaji isu-isu yang berbangkit kesan dari perlaksanaan SBPA dan mengemukakan cadangan-cadangan kepada kerajaan.

Sehubungan itu, ahli PENTAS adalah dipelawa memberikan maklum balas berkenaan perlaksanaan SBPA untuk dipanjangkan kepada Pasukan Petugas Khas berkenaan.