PENTAS @ UTHM

Monday, 4 April 2011

Kemudahan Cuti Belajar (Bukan Akademik)

28hb Mac - PENTAS dengan usaha sama Unit Cuti Belajar, Pejabat Pendaftar telah menganjurkan sesi Taklimat berkaitan Kemudahan Cuti Belajar khusus bagi staf bukan akademik.


Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Puan Sazelina Bt Salimon yang merupakan Penolong Pendaftar di Unit Cuti Belajar. Sesi taklimat berkenaan yang berlangsung selama 2 jam turut digunakan sebagai platform untuk Ahli PENTAS mengemuakakan pendapat dan soalan berkaitan kemudahan Cuti Belajar yang disediakan kepada staf bukan akademik.


Mengambilkira maklum balas yang diterima sepanjang sesi taklimat berkenaan, PENTAS akan mengusulkan cadangan penambahbaikan terhadap kemudahan yang disediakan.

Diantara gambar² yang dirakam pada sesi taklimat berkenaan... 


Usaha sama...

Ucapan dari wakil PENTAS

Taklimat dari Unit Cuti Belajar

Peserta wanita yang hadir

Sebahagian dari peserta lelaki yang hadir

PERTANDINGAN BOWLING

27 Feb - Batu Pahat Mall menjadi saksi medan pertempuran Pertandingan Bowling anjuran PENTAS tahun 2011.

Pertandingan berkenaan dianjurkan oleh Biro Sukan dan Rekreasi, PENTAS dalam usaha meningkatkan semangat kesukanan dan setia kawan di kalangan warga PENTAS.


2 kategori utama telah dipertandingkan, iaitu Kumpulan Lelaki dan Kumpulan Wanita. Selain dari itu, pelbagai hadiah turut disediakan untuk perserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersbut.


Diantara gambar² yang sempat dirakam




Antara peserta yang hadir...

Orang kuat pertandingan..

Team otai...

Antara pasukan wanita..

Tempat ketiga..

bestnya dapat tempat kedua..

Kepulangan seorang juara...

Thursday, 24 February 2011

Bengkel Dasar Perjawatan

23hb Februari 2011 - Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar dengan kerjasama PENTAS dan KEKAS telah menganjurkan Bengkel Dasar Perjawatan bertempat di Bilik Seminar, Pejabat Pendaftar.

Diantara tujuan bengkel berkenaan dianjurkan adalah bagi mendapat maklumbalas dari wakil staf Bukan Akademik berkaitan dasar-dasar perjawatan sedia ada.

3 dasar utama yang difokuskan dalam bengkel berkenaan adalah:
 1. Dasar Pengambilan Staf Baru (Bukan Akademik)
 2. Dasar Kenaikan Pangkat Staf Bukan Akademik
 3. Dasar Penempatan Semula Staf Bukan Akademik (Bagi Jawatan Gunasama)

Maklum balas yang diperoleh dari bengkel ini akan dibawa ke peringkat seterusnya bagi tujuan perbincangan sebelum dibawa ke pihak atasan Universiti bagi tujuan kelulusan.

Diantara gambar-gambar:

"Kesungguhan peserta mewakili kabajikan staf"

"Kumpulan 1"

"Kumpulan 2"

"Kumpulan 3"

"Sesi tazkirah"

"Antara Pembentang"

"Sesi Percambahan Idea" 

Sunday, 20 February 2011

Love Is Miracle

10hb Februari 2011- Detik bersejarah di UTHM pada tanggal berkenaan, majlis Titisan Ilmu anjuran PENTAS pertama kalinya diadakan secara siaran langsung dari Studio UCiTV.

Tahniah diucapkan kepada penceramah iaitu Puan Zalinah Bte Salehon di atas kejayaan program berkenaan.

Walaupun dibatasi dengan kemampuan studio untuk menampung kehadiran penonton, namun ini tidak menghalang penonton lain untuk mengikuti program berkenaan melalui server UCiTV. (Sehingga artikel ini dikeluarkan, rakaman berkenaan telah menerima hits: 363)


Ini disahkan sendiri oleh penceramah:
"walaupun jumlah bilangan penonton di studio tidak dapat memenuhkan kerusi yang disediakan. Namun, ketahuilah semua, menerusi Jurutera Software UCiTV, jumlah penonton di luar studio adalah berkali ganda ramainya. Ketua UCiTV terus mendapat panggilan telefon daripada Kuala Lumpur yang mengucapkan tahniah kepada beliau atas penganjuran program tersebut"



Di antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan.


"Love Is Miracle membuka tirai"

"Perkongsian Ilmu"

"Antara penonton di Studio"

"Eh...Abang soljar soldier pun ada"

"hadiah dari penonton"

"majlis pemahkotaan"

"kerjasama penonton amat dihargai"

"Love Is Miracle- hayatilah"